Salam Terakhir Monday, Sep 29 2008 

“Assalamualaikum warahmatullah,”

Tangan ini mengusap muka tatkala salam diucapkan dalam lubuk hati yang kadangkala sepi membisu sendiri.

Sejenak, aku terdiam dan terpikir akan hakikat salam yang baru ku ucapkan sebentar tadi,

ya, hakikatnya, Ia adalah salam terakhir tarawikh ku untuk bulan ini, bulan barakah yang paling bermakna buat diri ku. Aku cuba mengenang liku2 ramadhan yang telah dilalu kali ini. Ya Allah, sungguh banyak perkara yang indah ku lalui atas nikmat mu. Syukur, itu sudah pasti ke atas izinnya mengurniakan nikmat kehidupan untuk bulan ini.

Sedang aku merenung saat2 bahagia bulan ini, aku teringat akn status msg ym sahabat ku semalam yang cukup penting untuk ku renungi,

” Syawal’s approching, are we qualify enough to celebrate it?”

Suatu persoalan yang perlu dipikirkan bg seluruh umat sefikrah denganku. Sejauh manakah dalam kira2 700 jam kehidupan di bulan ini yang telah kita manfaatkan seluruhnya? Berapa ramaikah yang telah melalui malam al-qadr pada jalannya? Sejauh manakah silibus tarbiyah ramadhan(ayt matpe) ini berjaya membentuk diri kita sebagai seorang muslim? Namun, bila dipikirkan, sangat mudah untuk kita jawab persoalan tentang persiapan menyambut syawal. Jika tak mudah untuk menjawapnya, pasti sekali semangat untuk menyambutnya begitu meluap2 dalm diri kebanyakn umat islam masa kini. Again, are we qualify enough to celebrate it? pikir2 kan ya ikhwah wa akhowat.

Urat2 dlm otak ini terus berdenyut(ayt matpe lagi) dan pikiran ku melayang kepada daurah yang dihadiri pada 1 ramadhan bersama bebrape ikhwah yg lain. Tarikhnya yg alhamdulillah, selari dengan kalender yg digunkn dlm hndphone amat senang untuk ku igt kmbali. 1/9/2008 hari isnin. Diri ini masih terigt akn kata2 naqibku tentang hakikat kehidupn ramadhan yang dilalui para sahabat,

” Para sahabat, berdoa agar disampaikan kepada ramadhan seawal 6 bulan sebelum tiba nya bulan tersebut. Mereka juga berdoa selama 6 bulan selepas bulan tersebut agar amalan mereka sepanjgn bulan ini diterima Allah yang esa”

Begitulah, lebey kurang ayt2 bermakna yang disampaikan olehnya. I believe, mksd ungkapan tersebut jelas dn mudah difahami oleh sahabat sekalian n tidk perlu diolah lagi. Oleh yg demikian, semoga jalan yg dilalui mereka ini dpt kita contohi.

Selain itu, diri ini insyaAllah tidk akn lupa kate2 naqibku tentang hakikat penurunan tahap amalan selepas bulan ramadhn. Pada mulanya, aku tidk dpt menerima hakikat ini. Namun, bila dipikirkan pemergian solat tarawikh, perjuangan menahan lapar,dahaga dn yg terpnting nafsu, amaln tadarus spnjg bulan….mungkin ada benarnya hakikat ini. NAMUN, apa yg penting adalah sejauh mana kita akn terjatuh? InsyaAllah, sekiranya silibus ini di ikuti dengan tertib, graf exponential(amalan vs time) mungkin hanya mengalami sedikit ‘cusp’ dan kembali melalui kecerunan positive. InsyaAllah

Hmmm, perhaps there goes a bit of my reflection for this leaving ramadhan… Last but not least, a prayer for me, ikhwah wa akhowat…

” Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Kau terimalah amalan kami sepanjang ramadhan ini dan kau peliharalah kami tatkala kami membuka lembaran ke bulan syawal dan bulan2 yang lain. Ya Allah, semoga tarbiyah di bulan ini membentuk peribadi kami menjadi lebih baik sebagai seorang muslimim yang memegang tanggungjawb menegakkan agamamu ini.”

amin

Lantas, ku bangun dari duduk ku lalu mengankat takbir solat witir………

4.43 am Friday, Sep 26 2008 

I woke up with such feelings I never had b4. Anxious and worried that I might have missed the ‘race’, I put all my strength on my eyes and looked directly to the clock, hanging up high on the wall.

4.43am

Relieved and surely, grateful to him for selecting me this morning.

I crawled off my soft, comforting bed and made my way to the toilet.

” I shall sprint in this lap and win the ‘gold’ medal….”

“Ya Allah, please wake my other ikhwah and akhowat to join this race….”

That was atleast my last wish before i started sprinting for the ‘gold medal’…..

Cerita Tentang Kita Thursday, Sep 25 2008 

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang,

Kesah yang bakal kalian bace dibawah ni bukanlah hasil nukilan diri ini. Namun, seperti post ku sebelum ni, kesah ni adalah kesah untuk umat and the production is strictly NOT protected. InsyaAllah, semoga kesah pendek ni menjadi pengajaran buat ikwah dan akhowat di luar sana.

*****************************************************

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi… Jeng!Jeng!Jeng!… bunyi….AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni
pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan
diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

AAAAA!!!!… Ya ALLAH….. lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah
perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya
tikus.
Alahhhh…. cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna
hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni…. habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih…
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba….
terdengar satu bunyi…. BZZZZZ BZZZZZ… bunyi lebah bawa madu. Si
hamba
ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu
kata,
”Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni.” Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir
yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut
tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah
umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu…,madu
yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
ALLAH.
Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

********************************************

Hmmm, obviously, cerita ni adalah cerita tentang kita. Tapi kan.. sampai bile kite nk diceritakan sebegini… Sampai bila nak takut dengan ‘harimau’ dan ‘buaya’ only when the time comes. ….. *(

KeIMANan Point (ImP) Thursday, Sep 25 2008 

Semalam 24/9/08 merupakan hari yg mungkin, paling menggembirakan bg kebanykan student kmb setelah sekian lama terperuk di kolej penuh memori ini. Namun bagi diri ini, kegembiraan itu mengingatkan aku kepada suatu kenangan pahit yg menyakitkan. Suatu memori gelap yang menyelebungi hati ku setiap kali aku pulang ke rumah tercinta di kajang. Selama lebih 10 kali aku pulang, ‘kegelapan’ ini pasti muncul. Kegelapan ni… sangat menakutkan atleast to me and some of ikhwah out there.

kegelapan ni.. agak sukar untuk aku describe. Namun, dalam diam, ia menghampiri hampir seluruh insan yg hidup nya mungkin seperti aku. Ya. Kegelapan ibarat penyakit yang hanya menyerang hati manusia. Kegelapan yang menelan iman. Most probably, suatu indicator kepada keimanan point (ImP) bagi diriku.

Setiap kali pulang, diri ini pulang dengan penuh harapan. Baik ukhrawi mahupun duniawi. ” Cuti ni… aku akn…..” Begitu lah kalo nk diungkapkan ayat penyambung kepada harapan yang dicetus dalam hati. Banyaklah objektif yang diukir untuk memotivasikan diri supaya cuti ini berakhir dengan kemenangan. Namun, sebegitu bnykpun objektif yang diplan, kegelapan pasti cuba menyerang hati.

kegelapan ni… menyerang hati kita dengan cara yang mudah. Kelekaan… kemalasan… keseronokan… tu mungkin 3 best friend dier. Dier atck hati kita dengan bantuan 3 best friend ni. Sikit2, kita berubah. Berubah dan lupe harapan yg ingin dicapai tu. Kita tkkn sedar cepatnya masa berlalu sbb 3 best friend dier ni atas usaha gigih mereka ni. Last2 kita sedar betapa ruginya kita… MasyaAllah.

Perubahan? hmm mungkin satu example adalah kemalasan untuk buat assigment2 yang timbul. Well, perhaps a phenomena occurs to almost every kmb student. A phenomena we realized almost when holiday is only 2 or 3 days left. Hmm, is that all? Is procrastination of works the only misery we should be aware off? Think again ya ikhwah, ‘kegelapan’ ni tak menyerang kita for that purpose only…

Apa yg diri ini harap sahabat2 berfikir adalah perubahan dari segi amalan dan sikap kita. Ya, diri ini rasa, perubahan ini la yg merupakan Main Objektif kepada serangan ‘kegelapan’ ni. Kalo di kolej, hati ni mungkin terpaut pada surau dan Qalamullah menyeliputi kita tiap2 hari. Bukan tu saje, hati ni insyaAllah sentiasa jadi ‘guardian’ yang mengingatkan kita supaya menghindari perkara mazmumah. Tapi, bila kat rumah, to me atleast, kekerapan perkara diatas berlaku berkurang amat mendadak. kalo di kolej hati ibarat ‘guardian’, kat umah hati cam ‘anti-guardian’. Instead of mengingatkan kita, dia pulak yang tolong bagi alasan n ‘menghakis’ kita.

Surau jauhlah” ” malaslah” “ngantuknya” ” semayang jap lagi lah…”

Ya Allah, ampunilah kejahilan diri ini…

Hakikatnya, serangan ‘kegelapan’ ni ibarat suatu indicator kepada tahap keimanan kita. Ia mampu menunjukkan dimana keIMANan Point (ImP) kita ketika ni. Kalo rendah iman kita, rendah lah ImP kite… At this point, kita kalah pada ‘kegelapan’ ini dan mungkin amalan kita sebelum ni masih belum cukup kuat untuk melawannya…MasyaAllah.

So insyaAllah, since yesterday cuti baru start, kita mungkin belum terlambat untuk berfikir tentang hakikat serangan yang bakal dilancarkan oleh ‘ kegelapan’ ini. Semoga atas kesedaran dan azam untuk elak diri ni kalah kepada ‘kegelapan’ ni, kita sama2 leh rancang n make sure kita x kalah.

Jika direnung lagi, kita masih lagi berada dalm bulan penuh barakah, bulan yang dicintai para sahabat. Bak status msg ‘boss’ diriku dalm YM,

“Ramadhan masih punya masa bersama kita”

The moment diri ini menulis post ini, kita berada dalam ramadhan ke 25. Most importantly, mlam ni is malam ke-26 so esok kita masih ada malam ke-27 dan malam ke-29 untuk dikejar. let us use it wisely n graps every oppurtunity which the ar-rahhim has prepared for us. InsyaAllah..

“Let us be like the reaction of weak acid and strong base that has a high equivalence point (EqP). We should be the strong base, and ‘kegelapan’ should the weak acid. At the end, we see that the reaction shows a high KeIMANan Point (ImP)” …….Rijal278

Copyright NOT protected Monday, Sep 22 2008 

Tell me if you can, if there are any art works which you can reproduce as much as you like without any legislation act put against you. Besides, do you ever know of an art that its publication and distribution FOR FREE is HIGHLY RECOMMENDED?

Well then, any risalah dakwah would be the perfect answer. No matter what, the fight along this ad-din is about the telling of truth about life and its aftermath. The fight is about care and love to others who are yet, far from his light. InsyaAllah, to all brothers out there, be strong in this jihad as Allah has promises that his help will always be with those who fight along his sirratul mustakim.

Wallahualam.

ps: I found a piece of art posted in a blog somewhere in the world wide web. May all readers benefit from it, insyaAllah…

Kasih sayang-Mu telah jelas padaku
Walaupun memang jelas lagi nyata
aku mendurhakai-Mu
meringan- ringankan suruhan-Mu….
menuruti larangan-Mu

ya Allah ya rabbi
Engkaulah maksudku, tujuanku
Mardahat-Mu menjadi hadaf utamaku
Janganlah Ya Allah
Engkau biarkan aku tenggelam
dalam maksiat dan dosa kerana
menuruti pujukan nafsu
yang terlalu buta dalam menilai kasih sayang-Mu
kerana terlalu subur dengan
cinta terhadap dunia yang menipu

Wahai Allah Yang Maha Pengasih
Kasih sayang-Mu sudah jelas kepadaku
Nikmat-Mu tidak putus -putus kepadaku
Namun apa yang kubalas maksiat demi maksiat
kuangkat kepada-Mu
Memang biadapnya aku ya Allah
Memang zalimnya aku YA Rabbi

Ya Allah jika sekiranya Engkau Memurkai
Hamba-Mu ini ya Allah
Kepada siapakah lagi yang akanku harapkan
Jiwaku terlalu kotor
Hatiku telah hitam
disaluti karat- karat dosa
Walaupun ku tahu ya Allah
kurangnya amal untukku persembahkan pada-Mu
tetapi mengapa semakin sukar untukku
lakukan ketaatan pada-Mu
mengapa semakin susah untukku mencintai-Mu
mengapa semakin longgar
ikatanku dengan-Mu
Bantulah hamba-Mu ini
Didiklah jiwaku ini ya Allah
supaya ia semakin jelas melihat kebenaran-Mu
semakin tunduk mentaati suruhan-Mu
agar nanti dapat ku merasakan manisnya melakukan taat pada-Mu

Ya Allah puas sudah ku paksa jiwa ragaku
untuk mencintai-Mu, melakukan ketaatan pada-Mu
Mengapa YA ALLAH semakin sukar rasanya
untuk menerbitkan rasa rindu pada-Mu
Ampunilah hamba-Mu ini YA Allah
Dosa-dosaku ibarat pepasir dipantai banyak nya
bagaikan gunung yang akan menghempap diriku
kurniakanlah maghfirah-Mu padaku

Ya Allah ya Rahim
Aku tak sanggup ya Allah
menanggung siksa neraka-Mu
biarpun kusedar terlalu banyak pendurhakaan yang telah kulakukan
tetapi ya Allah
aku sememangnya tidak layak menghuni syurga-Mu
kerana tiada amal yang dapat kubanggakan
untuk dipersembahkan pada-mu
Hanya Kasih sayang-Mu yang menentukan……

Kadang-Kadang Sunday, Sep 21 2008 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Alkisah ilham datang ketika sedang meeting tadi, Otak berdenyut maka terhasillah suatu nukilan dari hati….insyaAllah,

Hmmm….

Kadang2 tu,

Kita boleh je smbung study time azan berkumandang,

Kadang2 tu,

leh je leka ngan game time azan

kadang2 tu

discussion group smpai org dh tamt solat

kadang2 tu

Kita leh je ‘taksengaja’ kutuk org lain,

Kadang2 tu,

kita leh je ngumpat kwn2 sndiri

kadang2 tu,

kita per’kena’ kwn2 kita

Haih….

kadang2 tu

susah sngat kita nk bersyukur,

kadang2 tu,

org bagi makan pun kita komplain x sedap,

kadang2 tu,

Cam tk igt pun pasal brothers di palestin

kadang2 tu,

nk hidup asal kita senang je

kadang2 tu,

nk syurga cam sahabat tp amal jauh sekali..

kadang2 tu,

diri tu rs cam dah hebat sgt…

Aduhai..

Kadang2 tu

berkira sangat dengan masa untuk beribadah

kadang2 tu,

ada je alasan kita bg time naqib panggil usrah,

kadang2 tu,

leh je kita tidur balik lpas ikhwah kejut subuh,

kadang2 tu,

Baca quran lebey skit pun mengeluh,

BANyAkNya KadAng2….

Tapi kan…

Camne kalo kadang2,

Allah palingkan nikmt dr kita

Camne kalo kadang2,

Allah tarik petunjuk dari hati kita,

Camne kalo kadang2,

Allah tarik kesenangan kita

Camne kalo kadang2,

Allah tak bg keberkatan pd usaha kita,

Huuuu…

Skit je ‘camne kalo kadang2′,

tapi skit pun kita taknk ‘camne kalo kadang2′ tu terjadi.

Sedangkan banyak ‘Kadang2 tu’ yg kita buat…

MasyaAllah…

kan best kalo takde langsung ‘kadang-kadang’

Pagi ini Sunday, Sep 21 2008 

Qiam itu menguatkan umat islam

Ya Allah,

Pagi ini,

tidur tidak lagi ‘bersama’ ku

Pagi ini

kau buka mataku lalu aku melihat

Pagi ini,

Hati dibuka pintunya lalu aku menyedari

Pagi ini,

Akal berfikir lalu aku menginsafi

Ya Allah

Pagi ini,

Kedinginannya mengingatkan aku

Pagi ini,

Rahmatmu menyakinkan ku akannya

Pagi ini,

Diri bertenaga dan semangat mengiringi

Pagi ini,

Niat dicetus lalu hati bernekad

SubhanAllah

Pagi ini,

Aku menyerah diri dan langsung tidak menyesali

Pagi ini,

petunjukkanmu sampai menghiburkan diri

Pagi ini,

Gelapnya menjadi lampu suluh

Pagi ini,

nikmatmu indah dirasai ku

Ya Allah, Ya tuhan ku

Pagi ini

Semoga dirasai ikhwah ku

Pagi ini

Biar bersama umat kekasihmu

Pagi ini,

Semoga Kau pilih teman2 ku yang lain

Pagi ini,

Aku tidak akan melupakannya.

The End Saturday, Sep 20 2008 

To,

The procrastination i had to ever start writing,

The thought in mind saying ‘ you just can’t write’ ,

The attitude to keep and not to share,

The attitude to remain and not to change,

The comfort of staying silent and inert,


You guys have been such a bad friend and I regret every seconds of our meeting. All i want is to move on and lead a better life. Please don’t ever think to return or even find another friend. Badbye.

From,

rijal278