The World Should know Tuesday, Dec 30 2008 

Hereby i attached very important knowledge for all ikhwah, akhwat from my naqib’s page. I know it’s quite long, but do take time reading it. After all, getting to know it is compulsary.

****

Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia, tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Jurang antara pemimpin FATAH di Tebing Barat dan HAMAS di Gaza semakin membesar apabila Mahmoud Abbas mengisytihar Gaza sebagai negeri pengganas dan pembelot serta enggan membincangkan soal perdamaian antara kedua pihak. Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Mahmoud Abbas membentuk kerajaan Tebing Baratnya sendiri dan melantik Salam Fayyad sebagai PM boneka. Mahmoud Abbas dan kerajaan baru ini terus mendapat sokongan moral dari AS dan Eropah. Bahkan, kerajaan tidak demokratik ini telah mendapat sokongan latihan dan kewangan berjuta dollar dari AS untuk menguatkan pasukan keselamatannya untuk menghapuskan jentera penentangan di Palestin. Dengan kekuatan baru ini, mereka telah bersekongkol dengan Israel untuk menghapuskan elemen-elemen penentangan di sekitar Tebing Barat. Mereka menutup dan merampas sekolah-sekolah dan asrama anak yatim, kompleks membeli belah, kedai-kedai serta mana-mana institusi yang boleh dikaitkan dengan HAMAS dan penentangan. Mereka turut memburu, menangkap, memenjara dan membunuh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Palestin dan rakyat biasa di Tebing Barat yang mempunyai kaitan atau menunjukkan simpati terhadap HAMAS dan penentangan. HAMAS yang mengecam tindakan ini bagaimanapun sentiasa berusaha untuk mengajak FATAH agar berunding untuk kepentingan masa depan Palestin. Berbagai usaha kesatuan semula telah diambil HAMAS dan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya pemimpin dari Yemen dan Mesir, namun sehingga kini belum menunjukkan sebarang hasil yang memberangsangkan.

Pada masa yang sama, sekatan ekonomi di Gaza oleh Israel dan AS terus berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal dari sudut hak dan keperluan asasi manusia. Makanan, ubatan, tenaga elektrik, saliran semuanya mengalami kegawatan ke tahap kronik. Tujuannya, untuk menghukum rakyat Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan dan menjadikan rakyat berang kepada HAMAS yang cuba digambarkan membawa malang kepada rakyat. Namun, berkat kesabaran HAMAS serta kesetiaan rakyat Gaza menyebabkan HAMAS terus popular di mata rakyat.

Genjatan Senjata 6 Bulan

HAMAS serta fraksi penentangan lain terus menekan Israel untuk menghentikan penindasannya dengan melancarkan roket-roket buatan tangan mereka ke bandar-bandar Israel. Akhirnya, dengan campurtangan Mesir, Israel dan Gaza telah mempersetujui sebuah genjatan senjata 6 bulan yang agak rapuh dari 19 Jun 2008 ke 19 Disember 2008, dengan syarat bekalan asasi dibenarkan masuk ke Gaza serta sempadan-sempadan Gaza ke dunia luar dibuka seperti biasa. Namun, ternyata Israel dan Mesir hanya berpegang kepada perjanjian tersebut secara minimal. Bahkan, sebulan sebelum tamatnya perjanjian genjatan senjata antara Gaza & Zionis, pihak Zionis telah menzahirkan secara terang-terangan bahawa ia tidak pernah menghormati genjatan senjata ini dengan melakukan beberapa serangan maut di Gaza disamping mengetatkan lagi sekatan ekonomi dan kawalan sempadan. Sepanjang genjatan senjata, Israel telah membunuh 40 nyawa rakyat Gaza, manakala tiada seorang pun rakyat Israel yang terbunuh. Malangnya, tindakan ganas Israel ini mendapat sokongan AS serta konco-konconya dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya.

Serangan Terbaru

Penyembelihan besar-besaran terbaru di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata ini. Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.

24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam. Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi berusia 14 bulan. Antara yang terbunuh juga adalah Tawfik Jabr, komander polis Palestin serta Ahmed Ashur, gabenor daerah tengah Gaza. Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”

Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan. Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.

Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel dan kilang-kilang. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.

Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.

Pendirian Dunia

Namun, dunia secara umumnya memprotes dan mengutuk hebat tindakan Israel. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengutuk hebat serangan Israel yang melampau ini dan mengarahkan Israel menghentikan operasi-operasinnya. Beliau menyeru pemimpin-pemimpin liga Arab agar berbincang dan bertindak segera untuk menghentikan suasana tegang ini. PM Malaysia turut menyatakan bantahannya terhadap serangan Israel serta keganasan melampau yang digunakan. Syria secara rasmi menghentikan segala rundingan damai dengan Israel. Iran turut mengutuk hebat serangan bersifat barbarik ini serta mengecam kebisuan pemimpin Arab. PM Turkey menggelar tindakan Israel ini sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan”. Pertubuhan-pertubuhan Muslim seluruh dunia juga memberi respon mengecam perlakuan kebinatangan Israel ini. Persatuan Muslim Britain turut mengecam “jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza” yang mengikuti kepungan dan sekatan ekonomi besar-besaran ke atas Gaza. Mereka menyeru badan-badan Muslim, serta rakyat-rakyat merdeka lain untuk bangkit mengambil langkah-langkah untuk menghentikan serangan Israel ini. Jamaat-e-Islami dari Pakistan turut mengecam hebat tindakan Zionis dan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di daerah-daerah Pakistan. Di Palestin sendiri, demonstrasi jalanan telah dianjurkan di Tebing Barat bagi membantah penyembelihan saudara-saudara mereka di seberang sempadan. Di Iraq dan Lebanon juga telah dianjurkan demonstrasi besar-besaran menyatakan kesatuan dengan Gaza serta mengecam tindakan kejam Israel. Beratus-ratus rakyat Mesir turut hadir dalam demonstrasi di Kaherah bagi membantah serangan Zionis ini. US, sebagaimana yang dijangka, menyalahkan HAMAS kerana dikatakan memprovokasi Israel supaya melancarkan serangan itu. AS bahkan terus menyokong serangan buas ini, dengan pesanan agar mengelakkan pembunuhan rakyat awam. Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis, turut menyalahkan HAMAS, namun beliau mengecam kekerasan melampau yang digunakan Israel. Mahmoud Abbas pula yang sedang dalam lawatan ke Arab Saudi, juga tidak segan silu menuduh HAMAS kerana melakukan provokasi ke atas Israel untuk melancar serangan. Beliau bagaimanapun turut mengutuk keganasan berlebih-lebihan yang digunakan ke atas Gaza. Dari Gaza, PM Palestin, Ismail Haneyya terus menyatakan keteguhan dan semangat Gaza untuk bertahan disebalik segala keperitan dan kesusahan yang dialami Gaza. Beliau mengatakan tribulasi yang menimpa Gaza dari Israel ini bertujuan memecahkan kesabaran bersejarah yang dipamerkan rakyat Gaza sepanjang berdepan dengan kekejaman Israel dalam segala bentuk. Khaled Mishaal, ketua biro politik HAMAS, dengan yakin mengatakan, “jentera-jentera perang musuh akan dihancurkan oleh kerikil kesabaran rakyat Palestin”. Beliau menyeru rakyat Palestin agar terus teguh dan bersabar serta mengajak pihak Fatah agar bersatu dengan HAMAS di Gaza dan Tebing Barat serta menghentikan koordinasi dengan Israel untuk menghapuskan penentangan Palestin. HAMAS juga mengajak dunia untuk memutuskan segala perhubungan dengan Israel dan membuka pintu sempadan di Rafah sebagai respon yang praktikal terhadap keganasan Israel. Pada masa yang sama, Briged Izz Addin Al-Qassam serta barisan penentangan yang lain pula akan terus mempertahankan Palestin dan membalas segala kekejaman Israel ke atas Gaza sehingga titisan darah mereka yang terakhir. Israel, negara pengganas, memberi alasan bahawa serangan dahsyat ini kononnya hanya bertujuan menghentikan terus serangan roket pejuang Palestin ke atas bandar-bandar Israel, bukan untuk menakluk semula Gaza semenjak ia meninggalkannya pada 2005. Inilah adalah pembohongan kerana HAMAS menyatakan kesediaan untuk meneruskan genjatan senjata sekiranya Israel membuka laluan sempadannya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. Namun, Israel enggan menerima syarat tersebut. Ternyata bahawa serangan kebinatang ini merupakan salah satu stunt politik Parti Kadima untuk memperagakan kekuatannya untuk memancing undi menjelang pilihanraya Israel pada Februari hadapan. Nyata juga bahawa tindakan Israel ini berikutan kebimbangannya terhadap kekuatan dan populariti HAMAS yang terus berkembang setelah pelbagai usaha kejam lagi jelek yang diambil Israel untuk menggulingkan HAMAS. Di samping itu, Israel juga dilihat ingin mengalihkan pandangan dunia dari isu Masjid Al-Aqsa yang ingin ditawan Zionis. Bahkan, sebuah pusat kajian antarabangsa milik AS untuk program timur tengah melihat tindakan Israel ini sebagai usaha melemahkan kerajaan HAMAS dan menaikkan Mahmoud Abbas yang semakin kehilangan popularity di kalangan rakyat Palestin sendiri. Namun, masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan isu Palestin sudah masak dengan alasan-alasan Israel dan sekutu-sekutunya. Kekerasan serta keganasan melampau semestinya tidak mungkin diterima manusia berakal dan berperikemanusiaan. Tidak masuk akal sama sekali untuk menggunakan kekuatan sophisticated dengan melampau ke atas pejuang nasional yang hanya bersenjatakan roket primitif dan batu. Bahkan sekatan ekonomi yang dipelopori Israel sehingga ke tahap menafikan kemanusiaan penduduk Gaza jelas menampakkan sifat kebinatangan negara pengganas ini yang mengabaikan sifat-sifat asasi manusia. Ini semua hanyalah kesempatan yang diambil oleh Israel di atas kelemahan persenjataan rakyat Palestin serta kelemahan kesatuan umat Islam. Semoga Allah membantu tentera-tenteranya, memperkuat para penjaga Masjid Al-Aqsa, menyatukan barisan Muslimin dan menghancurkan musuh-musuhNya selumat-lumatnya.

Disediakan oleh: AIZUDDIN KHALID Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat 30 Disember 2008 Sumber rujukan: Palestinian Information Center (PIC) Associated Press (AP) www.asiaobserver.com www.savegaza.eu

~Dari malaysia ke palestin~ Tuesday, Dec 30 2008 

Hamas is not giving up, initiating counter attack,

The public around the world going for protests,

Memorandum, meetings, and more

Trusted Media struggling updating us,

Almost everyone are thinking,

yet only some acting,

Why?

Some just DON’T CARE

Simple thing but the most powerful is neglected

DOA

Everyone can play their part in it

IT’S EITHER YOU CARE OR YOU DO NOT.


Jemukah? Sunday, Dec 28 2008 

Zioniz tersenyum,

Missile Launcher rahsia dijadikan alasan,

1 muharam mencatat sejarah,

lagi ratusan mati mangsanya,

260 angka terbaru,

namun setiap saat mengupdatenya,

senyum mereka ketika mengira

Presiden ke saudi menyeru bantahan,

US tampil menyalahkan Hamas,

OH Gaza seribu cerita,

BERSATU BERJIHAD,

serunya pemimpin Hamas,

kita disini mendengar sahaja?

Masak Wednesday, Dec 17 2008 

I

masak?

Ramai setuju memasak itu penting
Sebab baru boleh makan..

Tapi,

Bukan sume org kate nak jadi tukang masak,

Banyak alasan,

Penat,leceh,takut tak jadi…

Tapi still ada hasil kan?

Still ada orang leh benefit from it kan?

Kenapa tidak memasak???

II

hari ini aku memasak…

minyak, air, bawang, kunyit,

memasak,

perlukan starter..

Tapi tanpa gas,api, starter stil tak guna…

memasak, banyak perlu disediakan…

Tukang masak pun kena disediakan

Bukan semua org leh jadi tukang masak…

Tapi… sume org boleh cuba jadi tukang masak…

Hmmm, aku memasak…

III

Memasak,

Aku memasak…

Cili,asam keping, kicap, garam, gula…

ingredient banyak ,rasa pun banyak…

masam, masin,pahit, manis..

tapi hasilnya,

satu rasa

ya, satu rasa

either sedap atau tidak sedap..

tapi sebab aku tukang masak…

tak kesah resultnya…

Walau ramai yang rase penting melihat pada rasanya…

iii

Ayam masak merah,

Ikan masak kicap,

Ayam goreng rempah,

Daging paprik,

Boleh jadi banyak hasil,

Dari bahan yang sama,

MEMASAK,

SUATU SENI.

So much of a dream Monday, Dec 15 2008 

6.00 am

a bit late i guess for subuh prayer. But that’s what happened 2day. Thx to mum, at least i still woke up for my responsibility.

6.30 a.m

Done praying. Thinking of sleeping again. Not good, yes i know.Hmm, but i guess i lost to ignorance..

—– a.m ??

Aku teruskan perjalanan ke skolah. Skolah menengah. Pelik, sebab sklah aku nih dalam hutan. Aku sampai dan terus menju ke kelas aku. Dataran agak gersang. Debu perang seperti menari tatkala aku melintasi tanah tempat perhimpunan itu. Pelik.

Tetiba, aku dgr bunyi kuat berdetum. Aku tak tau tapi mmg ade perasaan yg menakutkan. Mercun ke?
kuat bebenar…

” Hei! ko buat ape? cepat bersedia? kita akan berperang… Amerika menyerang kita. Sekarang melacca dah kna tawan! Askar diorg dah smapi sini!!!!”

aku bingung.Jantung berdenyut kencang… ” Perang?” aku cam tak penah terpikir pun. Aku terus berlari ikut belakang sahabat aku tadi yang aku tak igt sape… Ketika tu, aku cam terrefresh muzal yg sedang berkata pasal perang. Aku tak igt betul ke dier ade cakap, tapi vision aku menunjukkan dier mmg sedang bercakap tentang perang… tentang jihad.

” Masa nya sudah tiba?” bisik hati aku nih..

aku ikut dier dan bersembunyi dibelakang satu dinding… aku tak tahu macmmana, tapi mmg aku sudah berpistol di tangan. Bergetar-getar tgn ini cube hendak pegang pistol tuh… boleh kah aku tarik picu dan tembak kat askar2 kafir tuh… sungguh aku mmg takut. Aku takut mati…

Kwan aku tuh dah hilang… aku nmpak askar2 sudah datang.. Sgt takut. aku terbayang kawan2 aku kat tmpat lain.. mati ke? hidup ke? tah… aku tak tau..

Bang! aku dgr bunyi tembak menembak… sangat mencuakkn.. tapi aku rasa aku ade sahabat2 yang berperang.. aku?? masih lagi takut dan tak berani menembak.. aku..

Maka aku terus berlari naik tangga bangunan akademik.. naik ke atas.. aku nmpk ade sahabat berdarah di koridor.. Mati??? Ya Allah.. sungguh aku takut.. Aku terus lagi merangkak ke klas… Di situ aku nmpk budk2 perempuan skolah rendah.. 3 org.. duk diam je atas kerusi… diorg pndang aku.. aku time tuh mmg dah takut.. so aku tak berani nk pikir pasal diorg lagi.. aku terketar-ketar meranggkak ke satu almari.. aku duk dlm tuh. tutup pintu. almari ni dekat belakang kelas..

view point berubah. Kini aku dapt melihat dengan jelas keseluruhan kelas. termasuk almari yang aku duduk dlm tuh. Takut… tetiba.

datang sorunk askar amerika dgn senapang.. dier pandang budk2 skolah rendah tuh.

*******

Aku nmpk mcmana dier tmbak budk2 tuh. darah keluar… Ya Allah…

Then dier cam nk kuar dari kelas tuh.. Aku lega… Tapi, tetiba dier cam stop, dan cuba menju ke almari tmpat aku dudk.. Aku makin takut dan dier makin hampir.. habis lah aku.. mati… isk..

9.00 am

Dush! a fist blow from my sister, yaya hit my back. I would say it was quite a strong one from a girl her age.

” bangun la!!!! mama suruh bangun!!!”

I refused to even open my eyes. Slowly, i grabbed my blanket and covered myself. Every part of it. Yaya then just moved away. Pissed off i guess. I couldn’t get into sleep anymore. My mind was about the dream I’ve just had.

Jihad? Syahid? War for Islam?

—– a.m

Aku ketakutan. Dia kemudian menghampiri almari tuh dan bukak tombol dgn cepat…

*******

Tak tau camne, askar amerika tuh dah tkde.. Tah? pelik hilang camtu je…

Aku lari keluar dari kelas… aku jenguk kat luar. Ade lagi beberape askar aku nmpk… Aku lihat di pinggang aku ade senapang. Aku nekad.. Aku perlu berjuang. Aku berjaya melepaskan beberapa das tembakan.. kna? tah aku tak tau .. aku tembak ketakutan. tak aim pun just tembak je… Terus tembak… Hati kucar kacir… aku tak nk mati lagi.. isk..

********

Hari dah malam… askar sume dah takde… tinggal aku dan beberape sahabat lain… aku takut.. bingung.. tak tau ape nk buat lagi lpas nih… sembunyi??? lmbt laun askar akn datng jugak lagi… leh ke lawan??

Then aku nmpk beberape org sahabat … ade yg mcm lebey dewasa.. kumpul kat dataran tuh… aku tak pikir pape lg.. berkumpul, lebih selamat aku rase…

Seseorang kemudian bersuara. berkata sesuatu. Mengajak kami berperang. Tetiba, perasaan nih rs bersemangt. Dia aku rs seperti ketua yg bagus.. aku seperti makin berani. Aku nmpk senjata2 di tepi dia.  senapang je rasnye. Tapi apa yg menarik perhatian ku adalah ucapan nye. Tentang jihad. Tentang perjuangan kerana Allah. Tentang syahid.

Perasaan ini makin kuat mempengaruhi diri. Aku niatkan untuk berjuang kerana Allah. Seriusly, aku tak rs takut lg. Seperti ade satu kuasa yang masuk dlm diri. Aku yakin dengan bantuan tuhan. Aku yakin dengan perjuangan kerana islam ini benar. Tapi yang paling penting, aku Yakin bahawa perjuangan ini, jika mati langsung tidak merugikan… Di saat itu juga aku rse, Aku seperti paham perasaan umat islam dahulu ketika hendak berperang. Bagaimana rasanya apabila kematian tidak legi menakutkan. Matlamat cuma syahid…

selepas itu, kami bergerak dalam kumpulan, keluar dari kawasan sekolah… menuju mencari musuh untuk bertempur…berperang….

11.10 am

I woke up again,  without nobody waking me up. A glimpse on clock and yes, 11.10am. My mind was again on thoughts about jihad. Thoughts about dying for islam. At the moment, i was thinking about islam winning.

I realized that the US and the zionis is currently the uztaziatul alam. They have the world right now. BUT the time will come when islam will win the fight. Islam will be at the top again. However, what really matters to me is that, the process towards winning… At the moment, i couldn’t think of another way besides going through a war. Perhaps, there’s anther way. But i just couldn’t think of it. A war is as if couldn’t be avoided anymore to achieve victory… is it?

Besides, what really troubled  me is whether i will be in the fight or not? will i be the one fighting for the religion? or will i’m not? cowardly hiding…

I was thinking of the level of iman i’m at right now. I could never say whether it is high or low. But i’m in doubt whether i will go and fight, among with other musleem. Perhaps, there’s a lot more that i should change… a lot more before i finally reach that level….

Aku dan Dia Friday, Dec 12 2008 

I

Dia,
aku lihat sebelum ni bersemngt
berkobar-kobar ingin melakukan perubahan
senang hatiku dgnnya.

Dia,
berfikir sentiasa dgn tujuan yg baik
apa2 yg berlaku cuba dikaitkan dgn dakwah
aku padanya sgt bermakna.. ya sgt bermakna..

II

Dia,
nmpknya sudah makin berubah
masa kehadapan tp dier santai bersahaja
mungkin kerana dunia, busy yg tiada kesudahan
mungkin…

Dia,
suatu ketika sahabt menegur sikp santainya
dihadapanku mulutnya terkunci seketika,
namun bersuara kembali, membuka isu fungsi daku.
hah? aku pula jadi bicara?

Dia,
katanya fungsi ku adalah untuk brdakwah,
tiada lain untuk mengutuk dan mengkritik,
sedang aku rasa, Dia terlupa,
bahawa teguran itu juga dakwah,
kritikan itu jika betul caranya adalah dakwah,
Dia yang terlalu santai yg telah terlupa…

III

Dia,

Seperti disentuh jiwanya,

Mula memerhatikan dan kembali berfikir,

mula kembali ke hakikat kehidupannya,

Dia,
saat ini melihat dengan niat baru,
kesal dgn kealpaannya
berazam berubah lagi,

Dia,
kembali dengan ku,
berfikir dengan ku,
bersama dengan ku,

Ini kisah Aku dan Dia