Perihal kehidupanku sering diinterpretasikan sebagai saat2 membuat pilihan. Satu keputusan walau sekecil manapun memberi kesan kepada hala tuju kehidupan ini. Persoalan demi persoalan dilemparkan oleh si-hati kepada si-akal akan setiap keputusan yang diambil. Namun, jawapan akal seringkali menghampakan si-hati. Si hati tidak pernah rasa selesa dengan setiap jawapan yang difikirkan oleh akal. Ya, masakan si hati sebagai rumah kelahiran perasaan dapat memahami kaedah analisa rasional si akal.
Ah! Hentikan keluhan ini!
Pengembaraan di muka bumiNya memberi aku jutaan pengalaman berharga. Pengalaman yang dibeli dengan masa dan tenaga menjadikan aku seperti aku sekarang ini. Pengalaman yang dimaksudkan dibeli bukan daripada kedai2 runcit di jalanan yang umat manusia selalunya mengkhuatiri kualiti ‘bahan’ jualan kedai2 ini. Aku membeli pengalaman ini daripada kedai2 yang terbaik berdasarkan analisa akal dan perasaan rela dan selesa hati.
Namun, fitrah hati ini sering berbolak balik dan akan terus mempersoalkan keputusan aku dan menyalahkan si-akal akan analisanya. Setiap saat si-hati terus gelisah akan persoalan-persoalan yang ditimbulkan…
Si-akal pula dengan rajinnya akan pada suatu masa memikirkan persoalan-persoalan si-hati. Cuba untuk mencari jawapan kepada keluhan emosi kelahiran si-hati.
Sekali lagi, Hentikannya!!!
Aku mengambil keputusan untuk mempengaruhi si akal dan si hati untuk mengubah teknik interpretasi mereka. Aku mengajak kedua-dua nya untuk Syura dan masing-masing kami cuba mencari jawapan bagi memuaskan setiap pihak. Aku menyuruh akal kembali berfikir satu persatu akan setiap keputusan yang diambil. Aku menyuruh hati agar membantu si akal dengan menghentikan penghasilan emosi keluh dan resah.
Masa berlalu dan berlalu, sehingga jutaan jenis keputusan disenaraikan. Setiap keputusan, jelasnya, bersangkutan antara satu sama lain ibarat jalan2 kecil yang menghubungkan antara bandar-bandar dalam konteks ini pengalaman yang dibeli daripada kedai-kedai mahal tadi. Maka aku mengajak keduanya cuba memutuskan mana2 jalan yang diingini dan disambungkan dengan pengalaman2 lain yang tidak dibeli. Pelbagai masalah ditemui. Jalan ini tidak cukup panjang, jalan ini tidak cukup pendek, jalan ini bersimpang-siur dan kesimpulannya tidak dapat menghubungkan bandar-bandar ini.
Aku hanya tersenyum dan mengharap keduanya dapat memahami perkara yang ingin disampaikan. Setiap jalan yang dipilih dan keputusan yang dibuat walau sekecil atau tidak signifikan manapun pada pandangan kita sebenarnya sangat penting untuk menghubungkan kita pada bandar hari ini. Jangan disalahkan jalan yang diambil sebelum ini kerana pengalaman yang dibeli sepanjang perjalanan itu adalah persedian besar kehidupan di bandar ini. Esok, lusa atau bila-bila, hijrah ke bandar lain akan berlaku dan lebih banyak jalan yang perlu dipilih.
Si-akal kelihatan seperti memahami apa yang cuba disampaikan. Si hati? Ah seperti biasa lah, hanya mendiamkan diri dan membantutkan kerja penghasilan emosi.
Kali ini, benar-benar berhenti!
(Albaqarah,2:268) Syaitan menjanjikan kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji, sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha luas, Maha mengetahui.

syura itu suatu proses yang indah…
segala pandangan daripada kesemua yang terlibat dalam syura itu akan diconsider, sekiranya diajukan pandangan mereka…
namun, tika syura dan qiyadah (kepimpinan) melaksanakan keputusan, adalah wajar diikuti oleh para anak-anak buah…selagimana tiada dalil daripada al-Quran, sunnah, hadis yang bertentangan dengan arahan itu…meskipun keputusan itu mungkin tidak menyenangkan diri, dan meskipun kita merasakan idea kita adalah idea yang jauh lebih baik daripada sesiapa pun…
lihat sahaja Perjanjian Hudaibiyah, para sahabat ada yang tidak bersetuju @ mempersoalkan mengapa Rasulullah melaksanakan perjanjian tersebut, tetapi akur…lihat hasilnya? pembukaan kota Mekah…
ada suatu kes: (lebih kurang, maksudnya)
tamatnya syura, dan dua orang ahli syura memasuki kereta. salah seorangnya tidak bersetuju dengan keputusan syura, lalu membuka hal syura yang telah diputuskan. namun, sahabatnya tidak benarkan. “Cukuplah, sudah diputuskan. Jangan dibiarkan ada ruang di hati untuk syaitan.” (lebih kurang itulah textnya)…kerana mempersoalkan keputusan syura itu mungkin akan mendatangkan bibit-bibit hasad dalam hati?
dengan tidak mengikut keputusan syura, golongan manusia tersebut sebenarnya menjurus ke arah fitnah yang berleluasa…menuju ke Fadaeh al-Fitan (Bencana Fitnah)…
perpecahan akan berlaku, yang akan merosakkan jemaah, yang akan menyebabkan pembahagian tenaga yang sememangnya tidak perlu sekalipun…tidak perlu!
dalam Usul ke-5 daripada Usul 20 ada dibicarakan tentang mengikut kata-kata imam, dan Rukun Baiah ke-6 Ikhwanul Muslimin ada dinyatakan tentang ketaatan bukan?
justeru, ketaatan kepada qiyadah (tidak mengira siapa pun mereka) dan proses syura adalah salah suatu sumber kekuatan dalam tanzim Ikhwanul Muslimin…yang masih kukuh dan utuh semenjak 1928 hingga kini…
wallahualam…sekadar perkongsian…ternampak perkataan syura dalam post di atas…
Yup3.
assalamualaikum wbt..lamanya baru update balik..ingatkan da xnak guna wordpress n concentrate tumblr je :p
bukan ke hati yang menguasai akal sekiranya hati itu bersih?