When relativity theory speaks! Tuesday, Jul 21 2009 

Dengan nama Allah yang maha pengasih,maha penyayang…

Diri ini telah lama menyepi, namun cebisan kisah hidup yang dilakar selama 2 jam semalam di surau al-Hidayah memanggil diri ini untuk menghadirkan post kali ini… insyaAllah.

Israq-Mikraj

Sungguh, ia bukan sekadar perjalanan yang menakjubkan namun lebih daripada itu bagi mereka yang berfikir, bagi mereka yang hatiNya dibuka pintu cinta dan kasih pada Rasulnya. MasyaAllah, kisah yang begitu penting dan sering diceritakan sejak kecil  dibangku sekolah rendah hinggalah saat ini.

Apakah signifikasinya event sebegini besar ditetapkan oleh Allah yang esa untuk berlaku di saat RasulNya menempuhi tempoh sedih dalam kehidupannya?

Pemergian isteri tercinta, Siti Khadijah dan bapa saudara Abu Talib merupakan tamparan besar buat junjungan besar itu. Namun, Allah s.w.t menetapkan masa ini bagi perjalanan tergempar dalam sejarah dunia baginya. Mengapakah?

**********

Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad)  pada malam hari dari masjidilharam ke masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha melihat. 17:1

Firman Allah ini mempunyai banyak perkara yang perlu kita teliti agar kita menjadi manusia yang bersyukur. Sekiranya antum semua fasih bahasa arab (Ana pun x actually) antum sepatutnya akan notice penggunaan perkataan ‘laila’ bagi menyatakan ‘malam’. Perkataan ini sebenarnya merujuk hanya kepada Sebahagian malam dan bukan lah the whole night. Jika untuk mengembara pada satu malam pun sudah diistilahkan impossible, apatah lagi sebahagian malam. MasyaAllah.

Besides, Allah menggunakan perkataan HambaNya bagi mengdescribe baginda nabi Muhammad s.a.w instead of perkataan rasulNya. Para ulama telah bersepakat bahawa hal ini bagi menunjukkan betapa tingginya darjat hambaNya disisi Allah sebenarnya. Think again at this moment, adakah kita ini layak even untuk mencapai tahap hamba Allah?

*********

Secara ringkasnya, perjalanan ini bermula dengan baginda bersama Jibril menaiki Al-buraq dari Makkah ke Jerusalam. Turut dikisahkan bahawa maharaja rom yang pada ketika itu menguasai jerusalam menyatakan kepelikan malam penuh baraqah itu. Menurutnya, ada satu pintu kota itu yang tidak boleh ditutup walaupun telah diusahakan sedayanya.

Baginda diangkat kelangit dan bertemu dengan rasul2 sebelumnya..

Pertemuan dengan Allah s.w.t merupakan pengubat duka baginda atas kehilangan dua pejuang penting disisinya… Di saat itulah juga, kita umat islam dikurniakan tanggunjawab untuk menunaikan solat. Alhamdulillah, saat ini lah yang menetapkan kita untuk sekurang-kurangnya ‘bertemu’ denganNya 5 kali sehari. MasyaAllah…

Baginda turut diperintahkan untuk memilih antara susu dan arak. Susu menjadi pilihan baginda yang merupakan titik penting bagi kita umat islam seluruh dunia. Pilihan itu menandakan Baginda telah memilih fitrah, dan sebegitulah addin kita, Islam menjadi agama fitrah, jalan terbaik kehidupan duniawi.

Baginda turut bertemu Malik, penjaga pintu neraka,

He had the opportunity to see Malik, the keeper of hell, with a cheerless frowning face. He saw paradise and the Fire. He saw those who unjustly consume the property of orphans. They have snouts similar to those of camels, swallowing red-hot stones and then issuing out thier backs..

There were also the people who take interest and usury with bellies too big to be able to move around: they were trodden by the people of Pharoah when these are admitted into hell…

In the same abode, he saw the adulterers offered a tasty fatty meat and a rotten smelly one but they chose the latter..

The licentious women were also there hanging from their breasts…”

The sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makthum)


**********

Sekembalinya baginda ke Makkah, pelbagai cabaran turut ditempuhi. Kisah sebahagian malam yang menakjubkan ini menjadi hujah para kafir bagi melabel baginda ‘gila’.  Ramai juga pengikut baginda murtad kerana menafikan kisah baginda ini… MasyaAllah. Mengapakah ketika saat sedih ini umat islam kehilangan lebih ramai pengikut???

Pastinya, hikmah kejadian ini adalah bagi menapis/filter those of true believers and those who are not. Perjalanan dan perjuangan baginda selepas ini lebih mencabar dan pastinya sahabat seperti Saidina Abu Bakar yang bersifat As-Siddiq yang diperlukan~

**********

Dan bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir,

padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu,

danrasul-Nya(Muhammad) pun berada di tengah-tengah kamu?

Barang siapa berpegang teguh kepada (agama) Allah,

maka sungguh, dia diberi pertunjuk kepada jalan yang lurus.

3:101

‘Clean’ sungguhkah kita? Monday, Jun 8 2009 

” Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)” 7:201

Dosa? rasanye budak tadika pun dapat memahami dengan jelas makna “Dosa”. Setiap hari kita merentasi masa kurnian tuhan dengan bermacam ragam. Ada yang menarik , hambar mahupun menyedihkan. Pastinya, sebagai seorang muslim, kita mengharapkan hanya satu kesudahan yakni pahalaNya. Dosa ni secara logik diakal tiada siapa pun yang mahu. Namun hakikatnya kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Even orang yang bertakwa pun boleh dibayangi dengan fikiran jahat. (rujuk ayat diatas)

Setiap individu pasti akan melakukan dosa. Sikit atau banyak, besar atau kecil. Kita tak dapt melarikan diri drpd hakikat ini. Hurmmm sadis sekali…

So then, adakah kita hanya perlu menyedari hakikat ini dah berasa sedih akannya? berasa kesal dengan dosa2 yang bergelimpangan sampai nk kering air mata semata-mata(itu pun kalo sempat sedar)? Well, there’s more than that.

Hakikat ini menyedarkan manusia betapa pentingnya bermuhasabah diri dan merancang tindakan yang selanjutnya. InsyaAllah diri ini yakin ramai sahabat2 diluar sana termasuk golongan yang ditujukan seperti ayat daripada surah Al-A’raf diatas. Alhamdulillah, Allah yang maha mengasihi telah menjanjikan kesedaran bagi mereka yang bertakwa tatkala hampir melakukan dosa. NAMUN, hanya bagi mereka yang BERTAKWA. So, sekiranya kita lalai dan terus melakukan suatu dosa, bermuhasabahlah selagi mampu, banyak yang boleh dibetulkan sebenarnya( Even kita mungkin tak sedar apa kesalahan kita). Contoh yang termudah adalah mengikut firman Allah 29:45

Bacalah kitab (Alquran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar ( keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

The first thing yang kita patut teliti semula is our Solat. Apa cacat celanya? apa silap nya? these are some questions we should ask ourselve. Bila solat terjaga insyaAllah kita akan dicegah dari perbuatan keji dan mungkar.

So kesimpulannya disini, kita haruslah:

1) Muhasabah diri kita ( cheak silap dan salah), adakah kita termasuk mereka yag bertakwa (Adakah kita cepat sedar akan kesilapan dan dosa kita).

2) PLAN and ACT. tak guna sekadar menginsafi tanpa perancangan mengelakkan dari mengulagi kesilapan. And of course, ACTion lebey penting.

Wslm…

Malam paling koyak??? Saturday, Mar 21 2009 

I guess the title won’t be to catchy. After all, it’s my habit to say things like ” weh aku ngah koyak nih, hahha” to my friends out of nowhere when i met them. Serve me right, since 2nite, i deserved what i used to tell them >>> Koyaks

Referring to the date in which i posted this, it is undeniably true that some of my friends would know exactly the reasons for this very post. But yes, politely i asked them not to spoil the story to others, remain unnoticed and think as you are doing me a favor, a really important one.

So that was what happen. I’m not physically challenged, but rather emotionally. So far the most threatening of all. I was moved negatively by a short story of 2 hours and 30 minutes, the solution of a never noticed puzzle, and ultimately, a short story of nearly everything.

To others, it was nothing and meaningless. It should not be dragged to far until it come into my post(after months of silence). Yes, some said it is a rather gibberish matter and the acts of ever being bothered by it, would downgrade you. Oh thank you.

So should the story be spoiled here? perhaps not. To a friend who have been so supprotive and soothing this past few hours, thank you so much. It has been so helpful. So what with this post actually? Does it merely act as a medium to channel my obvious immaturity of looking at things? Oh, surely not.

So here goes, i always believe that people would have their own weak point, if touched directly there, would result in excruciating pain, be it emotionally or physically. So why would such a weak point exist? to let others hurt ya? or simply allowing you to realize how such a weakling you are. I would agree with the latter. No matter how tough you may look, this weak point exists. haha, so is there anything to be ashamed of? Nah, you better not. Besides, be grateful for it and appreciate this gift.

Weakness = Gift

I believe up to this point, many would laugh at me for such nuisance thinking. How absurd eh? to actually say a weakness would act as a gift. Just how is it possible for something that would bring you down should be treated as a gift? Well, to me, it is possible.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ” kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Al-Ankabut:2

Allow me to drag the discussion into another topic which i guess is related and need to be explained first. I’ll get back to this ” Weakness = gift ” discussion for sure. Based  on the verse  i quoted just now, clearly it shows how crucial is the role of ujian. Not that it is simply to hurt you in so many angle, but to test you. To differentiate those of the believers and those who are not. This ujian of Allah comes in many ways, unique to his knowing that would suit the receiver the best. Unique in a way that some may not think something would act as a ujian while others may think it is. His Ujian would vary with His creations, one that would hit the receiver correctly to touch hime/her on several aspects as He wanted. Nevertheless, it is our job to apprectiate it and those who take it correctly, would insyaAllah be rewarded successively.

So think again brothers and sisters, have you been tested before? Perhaps a larger proportion would say “yes” compared to “no”. Yet, how many would say they receive the ujian the right way? Well, nobody actually know though.

I’ve witness many immature acts of people who become outrageous over a test put upon them. They tend to blame others where in worse case, they blame the fate itself. Unfortunately, I’ve been in that lousiness once or twice, in which i regretted ever since. Praise to the Almighty, I can still act rationally and didn’t blame the fate for His doing though for couple of times, I’m deeply tested emotionally. And yes, at this point, it is advisable for everyone to check over the quote of Allah below,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu TIDAK mengetahui. Albaqarah:216

Simply put, there are many things in which we don’t know yet we tend to think that we soooooo know about it. Hold back brothers and sisters, Allah never lies and the quote should remain as our guidance.

As I promised, I’ll get back to the Weakness = gift discussion. I’m aware that each of us would have our own unique way of looking at things, but please bear with me on this one. When I say that we should treat our own weakness as a gift, what i really mean is we should not let it be a hindrance to our path ahead. Instead, whenever we are tested on our weakness, look at it as a gift, a gift from Allah to differentiate us from the believers or the non believers. And yes, with this sentence, it also means that the weakness could differentiate us into the group of non true believers. Again, this depends on how we perceive and act upon it. If we look at this weakness as something that naturally IN US and let it control us, then we are much likely to book our tickets to dungeon which is meant for failures.

So when we look at this weakness as a gift, we should think of a wise way to overcome it or to be strong whenever we are tested by it. We should not merely accept it as our naturally-born-weakness-meant-for-us kind of thing. As we accept tests from Him with redha, no matter how hard it hits our weaknesses, insyaAllah, we are already on the right track.

Brothers and sisters, as i continue this post, I’m truly aware how much the message is beneficial to me and insyaAllah to all of you as well. With the title, ” Malam paling koyak???” it’s obvious that I’m having quite a hard time and hopefully with this post, it would help me as well as readers out there. Thanks to Him, I’m pretty okay now, though there’s a bit of emotional things that try to hit me from so many angle. Heh, let it be. Before I end this happen-to-be-my-longest-post so far, hereby is another crucial quote from Him that we should always remember,

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh Ynag demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri. Al-Hadid 22-23

Wslm.





The World Should know Tuesday, Dec 30 2008 

Hereby i attached very important knowledge for all ikhwah, akhwat from my naqib’s page. I know it’s quite long, but do take time reading it. After all, getting to know it is compulsary.

****

Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia, tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Jurang antara pemimpin FATAH di Tebing Barat dan HAMAS di Gaza semakin membesar apabila Mahmoud Abbas mengisytihar Gaza sebagai negeri pengganas dan pembelot serta enggan membincangkan soal perdamaian antara kedua pihak. Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Mahmoud Abbas membentuk kerajaan Tebing Baratnya sendiri dan melantik Salam Fayyad sebagai PM boneka. Mahmoud Abbas dan kerajaan baru ini terus mendapat sokongan moral dari AS dan Eropah. Bahkan, kerajaan tidak demokratik ini telah mendapat sokongan latihan dan kewangan berjuta dollar dari AS untuk menguatkan pasukan keselamatannya untuk menghapuskan jentera penentangan di Palestin. Dengan kekuatan baru ini, mereka telah bersekongkol dengan Israel untuk menghapuskan elemen-elemen penentangan di sekitar Tebing Barat. Mereka menutup dan merampas sekolah-sekolah dan asrama anak yatim, kompleks membeli belah, kedai-kedai serta mana-mana institusi yang boleh dikaitkan dengan HAMAS dan penentangan. Mereka turut memburu, menangkap, memenjara dan membunuh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Palestin dan rakyat biasa di Tebing Barat yang mempunyai kaitan atau menunjukkan simpati terhadap HAMAS dan penentangan. HAMAS yang mengecam tindakan ini bagaimanapun sentiasa berusaha untuk mengajak FATAH agar berunding untuk kepentingan masa depan Palestin. Berbagai usaha kesatuan semula telah diambil HAMAS dan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya pemimpin dari Yemen dan Mesir, namun sehingga kini belum menunjukkan sebarang hasil yang memberangsangkan.

Pada masa yang sama, sekatan ekonomi di Gaza oleh Israel dan AS terus berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal dari sudut hak dan keperluan asasi manusia. Makanan, ubatan, tenaga elektrik, saliran semuanya mengalami kegawatan ke tahap kronik. Tujuannya, untuk menghukum rakyat Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan dan menjadikan rakyat berang kepada HAMAS yang cuba digambarkan membawa malang kepada rakyat. Namun, berkat kesabaran HAMAS serta kesetiaan rakyat Gaza menyebabkan HAMAS terus popular di mata rakyat.

Genjatan Senjata 6 Bulan

HAMAS serta fraksi penentangan lain terus menekan Israel untuk menghentikan penindasannya dengan melancarkan roket-roket buatan tangan mereka ke bandar-bandar Israel. Akhirnya, dengan campurtangan Mesir, Israel dan Gaza telah mempersetujui sebuah genjatan senjata 6 bulan yang agak rapuh dari 19 Jun 2008 ke 19 Disember 2008, dengan syarat bekalan asasi dibenarkan masuk ke Gaza serta sempadan-sempadan Gaza ke dunia luar dibuka seperti biasa. Namun, ternyata Israel dan Mesir hanya berpegang kepada perjanjian tersebut secara minimal. Bahkan, sebulan sebelum tamatnya perjanjian genjatan senjata antara Gaza & Zionis, pihak Zionis telah menzahirkan secara terang-terangan bahawa ia tidak pernah menghormati genjatan senjata ini dengan melakukan beberapa serangan maut di Gaza disamping mengetatkan lagi sekatan ekonomi dan kawalan sempadan. Sepanjang genjatan senjata, Israel telah membunuh 40 nyawa rakyat Gaza, manakala tiada seorang pun rakyat Israel yang terbunuh. Malangnya, tindakan ganas Israel ini mendapat sokongan AS serta konco-konconya dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya.

Serangan Terbaru

Penyembelihan besar-besaran terbaru di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata ini. Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.

24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam. Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi berusia 14 bulan. Antara yang terbunuh juga adalah Tawfik Jabr, komander polis Palestin serta Ahmed Ashur, gabenor daerah tengah Gaza. Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”

Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan. Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.

Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel dan kilang-kilang. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.

Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.

Pendirian Dunia

Namun, dunia secara umumnya memprotes dan mengutuk hebat tindakan Israel. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengutuk hebat serangan Israel yang melampau ini dan mengarahkan Israel menghentikan operasi-operasinnya. Beliau menyeru pemimpin-pemimpin liga Arab agar berbincang dan bertindak segera untuk menghentikan suasana tegang ini. PM Malaysia turut menyatakan bantahannya terhadap serangan Israel serta keganasan melampau yang digunakan. Syria secara rasmi menghentikan segala rundingan damai dengan Israel. Iran turut mengutuk hebat serangan bersifat barbarik ini serta mengecam kebisuan pemimpin Arab. PM Turkey menggelar tindakan Israel ini sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan”. Pertubuhan-pertubuhan Muslim seluruh dunia juga memberi respon mengecam perlakuan kebinatangan Israel ini. Persatuan Muslim Britain turut mengecam “jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza” yang mengikuti kepungan dan sekatan ekonomi besar-besaran ke atas Gaza. Mereka menyeru badan-badan Muslim, serta rakyat-rakyat merdeka lain untuk bangkit mengambil langkah-langkah untuk menghentikan serangan Israel ini. Jamaat-e-Islami dari Pakistan turut mengecam hebat tindakan Zionis dan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di daerah-daerah Pakistan. Di Palestin sendiri, demonstrasi jalanan telah dianjurkan di Tebing Barat bagi membantah penyembelihan saudara-saudara mereka di seberang sempadan. Di Iraq dan Lebanon juga telah dianjurkan demonstrasi besar-besaran menyatakan kesatuan dengan Gaza serta mengecam tindakan kejam Israel. Beratus-ratus rakyat Mesir turut hadir dalam demonstrasi di Kaherah bagi membantah serangan Zionis ini. US, sebagaimana yang dijangka, menyalahkan HAMAS kerana dikatakan memprovokasi Israel supaya melancarkan serangan itu. AS bahkan terus menyokong serangan buas ini, dengan pesanan agar mengelakkan pembunuhan rakyat awam. Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis, turut menyalahkan HAMAS, namun beliau mengecam kekerasan melampau yang digunakan Israel. Mahmoud Abbas pula yang sedang dalam lawatan ke Arab Saudi, juga tidak segan silu menuduh HAMAS kerana melakukan provokasi ke atas Israel untuk melancar serangan. Beliau bagaimanapun turut mengutuk keganasan berlebih-lebihan yang digunakan ke atas Gaza. Dari Gaza, PM Palestin, Ismail Haneyya terus menyatakan keteguhan dan semangat Gaza untuk bertahan disebalik segala keperitan dan kesusahan yang dialami Gaza. Beliau mengatakan tribulasi yang menimpa Gaza dari Israel ini bertujuan memecahkan kesabaran bersejarah yang dipamerkan rakyat Gaza sepanjang berdepan dengan kekejaman Israel dalam segala bentuk. Khaled Mishaal, ketua biro politik HAMAS, dengan yakin mengatakan, “jentera-jentera perang musuh akan dihancurkan oleh kerikil kesabaran rakyat Palestin”. Beliau menyeru rakyat Palestin agar terus teguh dan bersabar serta mengajak pihak Fatah agar bersatu dengan HAMAS di Gaza dan Tebing Barat serta menghentikan koordinasi dengan Israel untuk menghapuskan penentangan Palestin. HAMAS juga mengajak dunia untuk memutuskan segala perhubungan dengan Israel dan membuka pintu sempadan di Rafah sebagai respon yang praktikal terhadap keganasan Israel. Pada masa yang sama, Briged Izz Addin Al-Qassam serta barisan penentangan yang lain pula akan terus mempertahankan Palestin dan membalas segala kekejaman Israel ke atas Gaza sehingga titisan darah mereka yang terakhir. Israel, negara pengganas, memberi alasan bahawa serangan dahsyat ini kononnya hanya bertujuan menghentikan terus serangan roket pejuang Palestin ke atas bandar-bandar Israel, bukan untuk menakluk semula Gaza semenjak ia meninggalkannya pada 2005. Inilah adalah pembohongan kerana HAMAS menyatakan kesediaan untuk meneruskan genjatan senjata sekiranya Israel membuka laluan sempadannya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. Namun, Israel enggan menerima syarat tersebut. Ternyata bahawa serangan kebinatang ini merupakan salah satu stunt politik Parti Kadima untuk memperagakan kekuatannya untuk memancing undi menjelang pilihanraya Israel pada Februari hadapan. Nyata juga bahawa tindakan Israel ini berikutan kebimbangannya terhadap kekuatan dan populariti HAMAS yang terus berkembang setelah pelbagai usaha kejam lagi jelek yang diambil Israel untuk menggulingkan HAMAS. Di samping itu, Israel juga dilihat ingin mengalihkan pandangan dunia dari isu Masjid Al-Aqsa yang ingin ditawan Zionis. Bahkan, sebuah pusat kajian antarabangsa milik AS untuk program timur tengah melihat tindakan Israel ini sebagai usaha melemahkan kerajaan HAMAS dan menaikkan Mahmoud Abbas yang semakin kehilangan popularity di kalangan rakyat Palestin sendiri. Namun, masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan isu Palestin sudah masak dengan alasan-alasan Israel dan sekutu-sekutunya. Kekerasan serta keganasan melampau semestinya tidak mungkin diterima manusia berakal dan berperikemanusiaan. Tidak masuk akal sama sekali untuk menggunakan kekuatan sophisticated dengan melampau ke atas pejuang nasional yang hanya bersenjatakan roket primitif dan batu. Bahkan sekatan ekonomi yang dipelopori Israel sehingga ke tahap menafikan kemanusiaan penduduk Gaza jelas menampakkan sifat kebinatangan negara pengganas ini yang mengabaikan sifat-sifat asasi manusia. Ini semua hanyalah kesempatan yang diambil oleh Israel di atas kelemahan persenjataan rakyat Palestin serta kelemahan kesatuan umat Islam. Semoga Allah membantu tentera-tenteranya, memperkuat para penjaga Masjid Al-Aqsa, menyatukan barisan Muslimin dan menghancurkan musuh-musuhNya selumat-lumatnya.

Disediakan oleh: AIZUDDIN KHALID Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat 30 Disember 2008 Sumber rujukan: Palestinian Information Center (PIC) Associated Press (AP) www.asiaobserver.com www.savegaza.eu

~Dari malaysia ke palestin~ Tuesday, Dec 30 2008 

Hamas is not giving up, initiating counter attack,

The public around the world going for protests,

Memorandum, meetings, and more

Trusted Media struggling updating us,

Almost everyone are thinking,

yet only some acting,

Why?

Some just DON’T CARE

Simple thing but the most powerful is neglected

DOA

Everyone can play their part in it

IT’S EITHER YOU CARE OR YOU DO NOT.


Jemukah? Sunday, Dec 28 2008 

Zioniz tersenyum,

Missile Launcher rahsia dijadikan alasan,

1 muharam mencatat sejarah,

lagi ratusan mati mangsanya,

260 angka terbaru,

namun setiap saat mengupdatenya,

senyum mereka ketika mengira

Presiden ke saudi menyeru bantahan,

US tampil menyalahkan Hamas,

OH Gaza seribu cerita,

BERSATU BERJIHAD,

serunya pemimpin Hamas,

kita disini mendengar sahaja?

Masak Wednesday, Dec 17 2008 

I

masak?

Ramai setuju memasak itu penting
Sebab baru boleh makan..

Tapi,

Bukan sume org kate nak jadi tukang masak,

Banyak alasan,

Penat,leceh,takut tak jadi…

Tapi still ada hasil kan?

Still ada orang leh benefit from it kan?

Kenapa tidak memasak???

II

hari ini aku memasak…

minyak, air, bawang, kunyit,

memasak,

perlukan starter..

Tapi tanpa gas,api, starter stil tak guna…

memasak, banyak perlu disediakan…

Tukang masak pun kena disediakan

Bukan semua org leh jadi tukang masak…

Tapi… sume org boleh cuba jadi tukang masak…

Hmmm, aku memasak…

III

Memasak,

Aku memasak…

Cili,asam keping, kicap, garam, gula…

ingredient banyak ,rasa pun banyak…

masam, masin,pahit, manis..

tapi hasilnya,

satu rasa

ya, satu rasa

either sedap atau tidak sedap..

tapi sebab aku tukang masak…

tak kesah resultnya…

Walau ramai yang rase penting melihat pada rasanya…

iii

Ayam masak merah,

Ikan masak kicap,

Ayam goreng rempah,

Daging paprik,

Boleh jadi banyak hasil,

Dari bahan yang sama,

MEMASAK,

SUATU SENI.

Aku dan Dia Friday, Dec 12 2008 

I

Dia,
aku lihat sebelum ni bersemngt
berkobar-kobar ingin melakukan perubahan
senang hatiku dgnnya.

Dia,
berfikir sentiasa dgn tujuan yg baik
apa2 yg berlaku cuba dikaitkan dgn dakwah
aku padanya sgt bermakna.. ya sgt bermakna..

II

Dia,
nmpknya sudah makin berubah
masa kehadapan tp dier santai bersahaja
mungkin kerana dunia, busy yg tiada kesudahan
mungkin…

Dia,
suatu ketika sahabt menegur sikp santainya
dihadapanku mulutnya terkunci seketika,
namun bersuara kembali, membuka isu fungsi daku.
hah? aku pula jadi bicara?

Dia,
katanya fungsi ku adalah untuk brdakwah,
tiada lain untuk mengutuk dan mengkritik,
sedang aku rasa, Dia terlupa,
bahawa teguran itu juga dakwah,
kritikan itu jika betul caranya adalah dakwah,
Dia yang terlalu santai yg telah terlupa…

III

Dia,

Seperti disentuh jiwanya,

Mula memerhatikan dan kembali berfikir,

mula kembali ke hakikat kehidupannya,

Dia,
saat ini melihat dengan niat baru,
kesal dgn kealpaannya
berazam berubah lagi,

Dia,
kembali dengan ku,
berfikir dengan ku,
bersama dengan ku,

Ini kisah Aku dan Dia

Pemuda Saturday, Nov 1 2008 

salam alai’kum

Sekiranya anda ditanya akan soalan, ” mudakah anda?” saya rasa, kebanyakan org akn menyatakan ya dengan mudah. Namun, sedar kah anda, apa tanggungjawab menjadi seorang pemuda? adakah zaman kita sebagai seorang pemuda perlu diisi dengan masa indah? masa2 berhibur yg kononnya bile dah tua nnti akn dikenang sebagai memori manis. Think again, kerana jika tujuan nye untuk itu, kenapa Allah akan mempersoalkan bagaimana masa muda kita disi diakhirat kelak.? Kenapa tidak masa kecil atau tua? kenapa??

-to be continued-

What makes you a muslim? Saturday, Oct 25 2008 

Islam means submission and obedience to God.

To entrust yourselves completely to God is islam.

To relinquish all claims to absolute freedom and independence and to follow God’s will is islam.

If you bring all the affairs of your lives under God, you are muslims

If you keep any of the affairs in your own hands or entrust them to someone other than God, you are not muslims.

…….

Such total surrender to God what makes one a muslim.

Let us be Muslims, Sayyid Abul A’la Mawdudi

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.