Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang,

Kesah yang bakal kalian bace dibawah ni bukanlah hasil nukilan diri ini. Namun, seperti post ku sebelum ni, kesah ni adalah kesah untuk umat and the production is strictly NOT protected. InsyaAllah, semoga kesah pendek ni menjadi pengajaran buat ikwah dan akhowat di luar sana.

*****************************************************

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi… Jeng!Jeng!Jeng!… bunyi….AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni
pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan
diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

AAAAA!!!!… Ya ALLAH….. lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah
perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya
tikus.
Alahhhh…. cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna
hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni…. habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih…
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba….
terdengar satu bunyi…. BZZZZZ BZZZZZ… bunyi lebah bawa madu. Si
hamba
ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu
kata,
”Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni.” Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir
yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut
tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah
umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu…,madu
yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
ALLAH.
Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

********************************************

Hmmm, obviously, cerita ni adalah cerita tentang kita. Tapi kan.. sampai bile kite nk diceritakan sebegini… Sampai bila nak takut dengan ‘harimau’ dan ‘buaya’ only when the time comes. ….. *(

Advertisements