” piz, nak join x?”….. BOS 1

” Join ape?”

” Hmm, ade senior petronas dtg. “…BOS 1

” Oyeah? jom2. kat mana?”

” Surau ” …. BOS 1

Simple, easy, perfectly planned. Thank you Allah, for choosing me that moment. Satu pilihan yg mengubah hidupku, selamanya.

Di surau, aku bertemu dia buat pertama kali. Kagum. Itu sajalah perasaan aku bile tgk senior scholar pet yg baru pulang dari Ausie. Kami mule berbual pasal scholar, studies, Ausie, dn macam2 lagi impian duniawi ku. Jawapannya memuaskan hati ku untuk terus berada dlm perbincangn. Dengan Takdir Allah, perbincangn penuh barakah itu smpai ke topic yg sgt crucial bagi pertemuan itu. Ya, topic yg membuka mata ku, mengusik sanubari, membakar semangat.

” Apa pendapat apiz terhadap islam” senior pet.

” ??? islam? agama kita yg benar lah. Definisinya ‘damai’ kalo dlm buku teks PAI.”

” hmmm..”

Senior pet mengambil satu kitab kecil dlm beg galas nya dan memberikannya kpada ku. Dia suruh aku bace. Sekali aku pandang , aku dah tau ape kitab kecil itu. Al-quran. Kitab Allah yg merupakn petunjuk, peta teragung manusia. Aku membaca firman Allah dlm bahasa arab.

Ayt yg ku bace itu adalah ayt ke-54 surah Az zumar. Terjemahannya lalu ku bace dengan jelas,

” Dan kembalilah kamu kepada tuhanmmu, dan berserah dirilah kepadanya sebelum datang azab kepadamu”

Dia menyuruh ku mencari dlm ayt bahsa arab itu perkataan yang bunyinye lebih kurang dengan ‘islam’. Pening kepala ku. Aku sememangnya hancus dlm arabic dn ketika itu tk mengerti tujuan arahannya itu. Namun, aku semakin berminat dan menurutinya. aku jumpa. perkataan itu adalah ” wa aslimu”

Perkataan itu, sebenarnya bermaksud berserah dirilah. Aku terkedu + pening. Apa yg cuba disampaikan olehnya sbnrnya???

Aku seterusnya diminta membaca ayat ke-131 surah albaqarah. Melalui method yang same, aku kemudiannya membaca terjemahan ayt tersebut.

” (Ingatlah) ketika tuhan berfirman kepadanya (ibrahim) ” Berserah dirilah!” Dia menjawab, ” Aku berserah diri kepada tuhan seluruh alam.”

Kali ini, perkataan yang bunyinya hampir same dgn islam adalah “aslim” dan ” aslamtu”

Otak ini kembali berdenyut dan berpikir. Akhirnya, aku rase aku hampir pham maksud sebenr arahannya itu bila aku teringt kembali soalan nya kpada ku tadi perihal maksud “islam”.

Ya, akhirnya aku paham. huraiannya selepas itu membenarkan lg ape yg tercetus di hati ini.

Islam ini adalah agama Allah yang konsep asas nya amat mudah untuk difahami. ” berserah diri” itu lah point penting yng merupakan definasi islam menurut firman Allah yg esa. Islam, menuntut kita berserah diri secara TOTAL kepada pencipta. Namun, sejauh manakah umat islam masa kini yg menurut perintah ini? Agamanya islam tapi mksdnya lngsung tidak dipahami. Most probably, sistem pendidikan negara yg menjadikan kita begini. Definasi dlm buku teks tidak memperlihatkn dengan jelas menerusi kalamnya.

Aku berfikir dgn lebih lanjut. Banyak perkara yang membuka mata aku kali ini.

Maksud sebenar islam, alquran sebagai panduan terbaik, dn hakikat kejadian aku.

” So piz, rs2 nye, agama ape yg umat2 sebelum kita anuti?” senior pet kembali menyoal.

Aku diam… ingin sekali aku menjawab islam. Namun, aku sedar perkataan islam itu dibawa oleh nabi muhammad s.a.w. Deductively, aku rs ade jwpn lain drpd itu.

” Mereka menganuti agama islam” jwp snior pet.

Hah? tnpa membuang masa aku memberi hujah yang aku terpikir sbntar tadi. Aku pelik. Bgaimana mereka menganut islam sdangkan mereka hidup sebelum nabi muhammad dilahirkan.

” Hmmm, relax piz. cuba bukak ayt td 2:131. kali ni, sambung baca dan pham kan terjemahan ayt ke-132 dan ke-133.

” Dan ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub. “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu maka jgnlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim

” Apakah kamu menjadi saksi saat maut akan menjemput Ya’kub, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ” Apa yang kamu sembah sepeninggalku? Mereka menjawab, ” Kami akan menyembah tuhanmu dan tuhan nenek moyangmu yakni ibrahim, ismail dan ishak (yaitu) Tuhan yang maha esa dan kami (hanya) berserah diri kepadanya”

perkataan bahasa arab yang perlu diteliti kan disini adalah ” muslimum” . Diakhir ayt 133, perkataan muslimum ditafsirkan sebagai berserah diri yang sama dengan definasi islam. Hakikatnya, umat sebelum ini juga menggunakan konsep yang sama yakni berserah diri kepada Allah s.w.t. Islam, adalah konsep agama sebenar yang dipraktikkan kepada seluruh menusia sekalian alam. Islam, kesyumulannya yg menakjubkan tidak dpat disangkal lagi.

Ayt seterusnya yakni 5:111 menerangkan pengikut nabi isa yang setia, turut beriman dan mereka merupakan golongan yang berserah diri”

” Dan( ingatlah) ketika aku ilhamkan kepada pengikut-pengikut isa yang setia, ” Berimanlah kamu kepada ku dan rasul ku.” Mereka menjawab, ” Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (muslim)

Seketika, aku diam sendiri dan berpikir akn perkara yang ku pelajari tika ini. Islam dan berserah diri secara total lah yang dituntutnya. Betapa jahilnya aku dan tidak pahamnya aku kepada agamaku ini. Kini, aku bersyukur kerana kebenaran ini smpai kepada ku. Doa ku hanya satu, agar ikhwah dan akhowat yang aku sayangi turut mendapat cahaya petunjuknya ini.

Hati ini lebih tersentuh apabila menyedari betapa limited nya penggunaan Al-quran sebagai panduan hidupku. Aku tau sebelum ini Kalamnya merupakan petunjuk terbaik. Namun, tidak aku mempraktikkan nya. Kini, melalui al-quran lah aku megenal islam. Melalui al-quran lah aku jumpa jalan hidupku….

Pertemuan hari itu benar2 signifikan dlm hidupku. Aku, BOS1, Roommate, dan 2 lagi sahabt yg sgt akrab dgnku turut bersama dlm pertemuan itu. Pertemuan dlm bulatan yang perbincangannya diketuai seorg senior pada ku sgt menarik…..

Pertemuan ini, menurut senior pet, digelar

USRAH.

Advertisements