” Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)” 7:201

Dosa? rasanye budak tadika pun dapat memahami dengan jelas makna “Dosa”. Setiap hari kita merentasi masa kurnian tuhan dengan bermacam ragam. Ada yang menarik , hambar mahupun menyedihkan. Pastinya, sebagai seorang muslim, kita mengharapkan hanya satu kesudahan yakni pahalaNya. Dosa ni secara logik diakal tiada siapa pun yang mahu. Namun hakikatnya kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Even orang yang bertakwa pun boleh dibayangi dengan fikiran jahat. (rujuk ayat diatas)

Setiap individu pasti akan melakukan dosa. Sikit atau banyak, besar atau kecil. Kita tak dapt melarikan diri drpd hakikat ini. Hurmmm sadis sekali…

So then, adakah kita hanya perlu menyedari hakikat ini dah berasa sedih akannya? berasa kesal dengan dosa2 yang bergelimpangan sampai nk kering air mata semata-mata(itu pun kalo sempat sedar)? Well, there’s more than that.

Hakikat ini menyedarkan manusia betapa pentingnya bermuhasabah diri dan merancang tindakan yang selanjutnya. InsyaAllah diri ini yakin ramai sahabat2 diluar sana termasuk golongan yang ditujukan seperti ayat daripada surah Al-A’raf diatas. Alhamdulillah, Allah yang maha mengasihi telah menjanjikan kesedaran bagi mereka yang bertakwa tatkala hampir melakukan dosa. NAMUN, hanya bagi mereka yang BERTAKWA. So, sekiranya kita lalai dan terus melakukan suatu dosa, bermuhasabahlah selagi mampu, banyak yang boleh dibetulkan sebenarnya( Even kita mungkin tak sedar apa kesalahan kita). Contoh yang termudah adalah mengikut firman Allah 29:45

Bacalah kitab (Alquran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar ( keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

The first thing yang kita patut teliti semula is our Solat. Apa cacat celanya? apa silap nya? these are some questions we should ask ourselve. Bila solat terjaga insyaAllah kita akan dicegah dari perbuatan keji dan mungkar.

So kesimpulannya disini, kita haruslah:

1) Muhasabah diri kita ( cheak silap dan salah), adakah kita termasuk mereka yag bertakwa (Adakah kita cepat sedar akan kesilapan dan dosa kita).

2) PLAN and ACT. tak guna sekadar menginsafi tanpa perancangan mengelakkan dari mengulagi kesilapan. And of course, ACTion lebey penting.

Wslm…

Advertisements