Assalamualaikum

9.21pm Isnin 8/6/2009

Kolej kediaman 9 University Malaya

Maka diri ini pun bangun tido dengan rasa tak sedap hati. Cam biase tgk jam, 650 am. Ya Allah, subuh!!!! so aku pun lari dan cepat2 bangun semayang subuh. Selesai doa aku teringat yang hari ni bakal menjadi first day aku kat UM for International Chemistry Olympiad Training 2009. SubhanAllah, diri ini baru sedar yang banyak lagi yang belum di study even tough esok akan ade first test (selasa)… isk2

Mandi—-Sarapan—- Kemas2 skit—- Berangkat pergi

Oleh sebab baru lepas Test komputer dan belum dapat lesen L pun lagi, hanya public transport jadi pilihan. HUrm like usual, KTM di stesen kajang.

Venue: KTM

MasyaAllah sangat2 lah banyak manusia. Diri ini terhimpit di kalangan mereka dan tak mampu nak buat pape. Dapat naik train tanpa perlu tunggu 2 kali pun dah cukup bersyukur. Aku naik di stesen kajang dan turun di KL sentral. Alhamdulillah baki duit dalm touch n go card masih ade rm20+++. Perjalanan ke UM diteruskan dengan menaiki LRT putra.

Venue: LRT putra.

Dengan confident nyer aku naik platform satu nak pegi ke masjid Jamek dan transit LRT STAR pula. Bile dah separuh jalan baru sedar tak perlu pun ke masjid Jamek. Teruskan je ke stesen University gune LRT PUTRA nih. Ish2…

So aku pun patah balik dan tunggu train yang sepatutnya. Tepat 1.00pm aku sampai ke stesen University. Alhamdulillah stesen yang tepat maka aku teruskan perjalanan ke UM dengan menaiki bas Rapid KL T632… hurm leceh

Venue: Pintu gate UM.

Dah sampai. OK what’s next? aku pun tanye Pak guard sbb aku tak tau macammana nak pegi kolej kediaman 9. Pak guard tu gelak!

“K 9 hahahah. Jauh ar dik kalo nk jalan kaki… pi la tahan teksi tuh”

Nak dijadikan cerita orang teksi tu pun tak tau… so dier pun tanye2 org je. Alhamdulillah smpai pun Kolej kediaman 9… Masalahnya, rm10 inggit aku melayang gara2 pemandu teksi tuh.. kuang aSam!!!

Venue: kolej kediaman 9 UM.

Alhamdulillah, pandangan pertama aku kat kolej kediaman(asrama) ni agak positive. Sunyi dan tenteram je. Banyak pokok2 dan bunga yang somehow menenangkan! Aku teringat aku belum solat zuhor so aku pun teruskan mencari surau. Agak pening untuk mencari tapi atas bantuan seorang brader aku pun jumpa surau K9 nih.

Namun hati ini sedikit kecewa bila masuk dah kosong surau tuh… Terlepas lagi peluang solat jemaah yang sering kali aku terlepas semenjak berada di rumah… isk2 sedih. Aku pun teruskan solat…

Setelah dapat kunci bilik aku pun masuk dan kemas. InsyaAllah narative akn diteruskan melalui penerangan tentang facilities2 yang ade kat K9 nih.

Surau

Surau agak menarik, ade aircond sume tapi sayang nya tiada penghuni. So far penantian ku untuk solat jemaah masih berakhir dengan kehampaan even for solat asar. Lepas solat, tadarus aku pun on9 sat. Alhamdulillah dapat connect ke internet.

Time magrib aku pegi ke surau n Alhamdulillah ade jemaah. Rasanya org timur tengah. So aku pun solat jemaah. Bile habis nya, brothers in islam 3 orang itu pun beri salam. Lepas jawab salam diorg pun terus bangun n solat sunat… then pegi. Sedih gak, baru nk tambah kenalan. Tapi takpe ah… Time solat isyak sekali lagi kekosongan… sedih…

Surau ni terletak kat centre Kolej kediaman nih, skali ngan office ngan hall. Tapi time kunjungan aku for solat Isyak.. hall sume dah kosong gak.. cuak gak.

Wireless WIFI

Alhamdulillah, so far connection boleh dapat dimana-mana. Dalam bilik, tandas,taman,surau.. mana2 ah sekitar kolej kediaman. Alhamdulillah.

Accommodation

Alhamdulillah, bilik besar dan lampu kipas sume nya berfungsi. Bilik air dekat je and sume kemudahan berada dalam keadaan baik.

People

Hurm. ni mustahak. Apparently student UM ni tgh semester break. So majoriti pulang ke kampung/bandar halaman. So patutlah kawasan nih sunyi tak rmai org. isk2 borink sungguh. Sampai malam nih aku baru jumpa 8 orang je rasenye… sedih + seram gak ah… Alhamdulilah ade internet n ym leh ar borak2 skit ngan ikwah2 yang dikasihi. rOOMate aku, FRED KMB year 1 (nk masuk year 2) ni tah pegi mana plak tah.. tadi call kate pukul 11mlm baru balik… sigh. Participant lain aku tak tau dorunk nyer bilik kat mana… mmg menyedihkan…

fOOD

Ni satu masalah lagi. Sebab university cuti, catering sume tutup. Dan takde kedai makan langsung!!!!!!!!! Ya Allah.. Diri ini dah takut nnti sakit perut or wutsoever… hurm bile dah petang perut aku pun mula sakit sbb tak lunch lagi. Diri ini pun decide kuar dari bilik cari makan… kuar saje kampus, persekitaran mmg menarik. Diri ini berjalan menyusuri jalan yang diteduhi oleh rimbun pokok ciptaan ilahi. Perasaan yang tenang kembali menghiasi hati yang sepi dan perut yang sakit tadi. MasyaAllah, cantik dan indah sungguh ciptaanNya.

Sampai sahaja ke jalan besar, diri ini naik bingung… Jalan yang jauh tidak diketahui penghujungnya penuh dengan kereta2. Diri ini terus berjalan sehingga akhirnya menjumpai KFC.

Ya Allah… dah takde makanan lain dah ke…

Lama juga diri ini berfikir… Sejak anjakan paradigma Dicember lalu, diri ini cume pernah masuk ke KFC hanya sekali. Patutkah diri ini masuk dah buat rekod kali ke-2 mkn KFC yang sedang diri ini berusaha memboikotnya. Lama berfikir, diri ini pun akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke restoran tersebut… diri ini meng-order makanan  dan selesai membeli, meneruskan perjalanan pulang. ( Faez MO7G mungkin sedang tergelak sekiranya dia membaca post ini…)

Dalam perjalanan pulang, diri ini terbayang ikwah2 lain yang sedang berada di pulau pinang dalam program Jaulah Semenanjung. Mungkin mereka sedang merasai Radix Fried Chicken (RFC) di seberang prai tempat Pokcik selalu pergi sekarang ini. sigh, sedihnya kerana tidak dapat join antum sekalian…

Maka diri ini pun pulang dan menjamah makanan yang ade… dalam hati memamg dah risau. Sebulan hidup di sini tak kn nk makan KFC!!! duit poket yang diberi pun cume rm15 sehari je… Ya Allah semoga dipermudahkan kehidupan hambaMu ini…

So far tu je ah yang berlaku on first day diri ini untuk IChO training 2009.

Advertisements