” Ala, Ira baru dah semangat nak puasa esok, tapi dah takleh puasa”

” Hahaha, padan muka takleh puasa esok”

Seketika selepas conversation tersebut dengan ira, aku terpikir sejenak tentang ketibaan hari esok, hari paling bermakna insyaAllah, pembuka bulan penuh barakah yang dinantikan sejak 11 bulan yang lalu.

Yup, pasti ramai ikhwah & akhowat di luar sana yang sedang menantikan hari esok, masakan adek aku yang berumur 13 tahun pun turut menantikannya. Ia bulan yang paling bermakna padaku tahun lepas, dan insyaAllah aku mengharapkan yang TERBAIK pada tahun ini.

Bila difikirkan caturan masa olehNya, sekali lagi aku bersyukur yang amat sangat padaNya. Setelah hampir 3 bulan meninggalkan KMB tercinta, banyak perubahan yang baik mahupun yang buruk telah berlaku pada diri ini. Yang baik itu syukur padanya, tapi yang teruk itu, MasyaAllah. Merujuk pada post2 sebelum ini, aku banyak menghadapi saat2 genting yang mengacau serta melukakan hati ini. Alhamdulillah, kedatangan bulan ini membawa satu azam dan semangat yang tak dapat digambarkan mantapnya!

Tiada lagi insyaAllah saat koyak, yang ada hanya pengisian hati dengan Cinta padaNya. Ya Allah bantulah diri ini!

*

Besides, the fact that i’m most probably be flying of to Manchester UK on 17th of september, which is at the end of the month really touches my heart. Not because of being unable to celebrate Aidil Fitri with the family, but being able to REBOUNCE my self back on this month before going of for a mission very crucial, a mission made responsibled by Him to every believers out there.

Hopefully ikhwah/akhowat out there will take this chance to improve ourselves and make this ramadhan the best ever, yet!

*

Alhamdulillah, tarawikh telah selesai saat diri ini melengkapkan post kali ini. Lafaz merdu bacaan ayat suci alquran daripada imam yang diiringi dengan limpahan hujan rahmat daripadaNya membuka semangat ramadhan kali ini. InsyaAllah, hanya penambahan iman dan pemantapan takwa yang didoakn oleh diri ini pada ikhwah/akhowat di luar sana.

Salam ramadhan buat muslim seluruh dunia

* jgn ada yang lupa niat puase plak eh šŸ˜›

Advertisements